Melahirkan pelajar disleksia dan autism pintar dan serba boleh dalam dunia pendidikan dan sosial yang mencabar.
Menyediakan sistem pembelajaran melalui tenaga pengajar dan silibus yang mantap bersesuaian dengan keperluan pelajar disleksia dan autism masa kini.
Cinta: Setiap individu di dalam Sekolah Bitara Jiwa perlu menerapkan rasa Cinta terhadap Sekolah Bitara Jiwa itu sendiri. Jika guru, Cintai lah kerjaya mereka di Sekolah Bitara Jiwa.
Sayang: Ia adalah istilah yang sering diungkapkan tetapi di Sekolah Bitara Jiwa, sayang bermaksud, Sayangilah anak-anak Sekolah Bitara Jiwa yang sedang menuntut ilmu.
Ikhlas: Ia adalah sesuatu yang sukar diterjemahkan kerana Ikhlas berada pada lubuk hati yang paling dalam. Tetapi di Sekolah Bitara Jiwa ikhlas bermaksud setiap guru boleh melahirkan kerisaun dan kesedihan memikirkan tentang masa depan anak-anak di Sekolah Bitara Jiwa.