Untitled 23

Al-Ghazali Group Sdn.Bhd

(Ahli Lembaga Pengarah)

lembaga pengarah
lembaga pengarah

PENGENALAN

Al-Ghazali Group Sdn. Bhd

Untitled 23

Al-Ghazali Special Kids Care Centre dimiliki oleh Al-Ghazali Group Sdn.Bhd bersama lima orang ahli lembaga pengarah yang terdiri dari Pengarah Urusan, En. Mohd Hafez Bin Hussain, Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, En. Norzulkarnain Bin Basri, Pengarah Sumber Manusia, Pn. Norsyakila Binti Basri, Pengarah Akademik Zon Utara, Pn. Nor Azura Binti Mohd Ghazali dan akhir sekali, Pengarah Akademik Zon Selatan, Cik Nur Lyiana Najwa Binti Zizi.

Walaubagaimanapun, Pengasas Al-Ghazali Group terdiri dari 2 orang iaitu, Pengasas Utama, En. Mohd Hafez Bin Hussain, dan Pengasas bersama ialah En. Norzulkarnain Bin Basri. Kenali siapakah, pengasas utama, pengasas bersama serta ahli lembaga pengarah Al-Ghazali Group Sdn. Bhd.

2e3edf33aa91d808a55833618479f546

En. Mohd Hafeez Bin Husain

Beliau dilahirkan pada tanggal 29 April 1987 dan dibesarkan di negeri Perak Darul Ridzuan. Merupakan anak ketika daripada empat bersaudara. Merupakan seorang pelajar yang mempunyai masalah disleksia dan sukar di dalam pelajarannya. Namun beliau membuktikan bahawa disleksia bukan penghalang untuk berjaya di mana beliau memperoleh keputusan cemerlang didalam peperikasaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berada di dalam kelompok 5 terbaik keseluruhan sekolah. Dianugerahkan pelajar terbaik SPM bagi 2 mata pelajaran iaiatu Ekonomi dan Perdaganggan. Mendapat tajaan biasiswa di dalam FELDA bagi melanjutkan pelajaran peringkat Diploma di Universiti Lim Kok Wei tetapi telah menolaknya kerana telah melanjut pelajaran di Politeknik Ungku Omar di dalam bidang Diploma in Business Administration. Memperolehi diploma ke 2 di dalam bidang Behavior Management & Child Chycology seterusnya Ijazah dalam Business Administration. Beliau dianugerahkan diploma ke 3 dibawah Sijil Kemahiran Malaysia tahap 4 iaitu Diploma in Special Education kerana mempunyai pengalaman di dalam bidang pendidikan khas selama lebih 10 tahun. Beliau sedang melanjutkan pelajaran di dalam program Degree in Scychology. Berkecimpung di dalam bidang pendidikan khas sejak 2009 sehingga kini. Membuka AGS pada tahun 2018 dan mencipta beberapa teknik yang sesuai untuk anak-anak berkeperluan khas yang dikenali sebagai teknik Al-Hafez, teknik Al-Ghazali, teknik Al-Muhaimin, teknik 2,3,1 , teknik Al-Kabirun dan teknik CSI itu sendiri. Membawa haluan AGS daripada seorang staf sehingga 30 orang staff sehingga hari ni, daripada satu pelajar kepada hampir 200 pelajar kini, dari Enterprise kepada Sdn.Bhd, dari rumah kedai kepada 2 bangunan 4 tingkat di Selayang dan 3 tingkat di Cheras. Beliau mempunyai misi, visi dan matlamat yang jelas dimana akan membawa anak-anak istimewa ini kepada persada dunia. 

Mereka bukan satu kekurangan. Mereka berhak mendapat pendidikan, kesempatan dan cinta yang sama seperti kita.

LEMBAGA PENGARAH

Berikut merupakan ahli lembaga pengarah Al-Ghazali Group Sdn. Bhd.

lembaga pengarah

En. Mohd Hafez Bin Hussain

Pengarah Urusan Al-Ghazali Group

Beliau dilahirkan pada 29 April 1987. Mendapat tajaan biasiswa  FELDA bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma di Universiti Lim Kok Wing tetapi telah menolaknya kerana telah melanjutkan pelajaran di Politeknik Ungku Omar di dalam bidang Diploma Pentadbiran Perniagaan. Memperolehi Diploma ke 2 di dalam bidang Behavior Management & Child Psychology seterusnya Ijazah Pentadbiran Perniagaan. Beliau dianugerahkan Diploma ke 3 dibawah Sijil Kemahiran Malaysia tahap 4 iaitu Diploma Pendidikan Khas kerana mempunyai pengalaman di dalam bidang pendidikan khas selama lebih 12 tahun. Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran untuk Ijazah yang kedua di dalam program Degree in Psychology. Berkecimpung di dalam bidang pendidikan khas sejak 2009 sehingga kini.

En. Norzulkarnain Bin Basri

Pengarah Pentadbiran Dan Kewangan

Beliau dilahirkan pada 13 Jun 1994. Menerima pendidikan di peringkat Diploma Penolong Pegawai Perubatan (Biasiswa KKM) dan kini meneruskan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda Psikologi. Selain itu, beliau juga menerima Kursus Pendidikan Anak-Anak Autisma di Kementerian Pendidikan Malaysia serta kursus Pengurusan Tingkah Laku Anak Istimewa di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Beliau juga pernah bertugas menjadi guru khas untuk anak disleksia di Ampang. Sepanjang tempoh berkhidmat sehingga kini, beliau memperoleh sijil-sijil berikut iaitu, menjadi fasilitator Bengkel Pengurusan Masalah Pembelajaran bagi Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Selain itu, beliau berpengalaman sebagai penceramah Bengkel Pelajaran dan Pembelajaran Disleksia dan Autisma.

lembaga pengarah
lembaga pengarah

En. Norzulkarnain Bin Basri

Pengarah Pentadbiran Dan Kewangan

Beliau dilahirkan pada 13 Jun 1994. Menerima pendidikan di peringkat Diploma Penolong Pegawai Perubatan (Biasiswa KKM) dan kini meneruskan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda Psikologi. Selain itu, beliau juga menerima Kursus Pendidikan Anak-Anak Autisma di Kementerian Pendidikan Malaysia serta kursus Pengurusan Tingkah Laku Anak Istimewa di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Beliau juga pernah bertugas menjadi guru khas untuk anak disleksia di Ampang. Sepanjang tempoh berkhidmat sehingga kini, beliau memperoleh sijil-sijil berikut iaitu, menjadi fasilitator Bengkel Pengurusan Masalah Pembelajaran bagi Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Selain itu, beliau berpengalaman sebagai penceramah Bengkel Pelajaran dan Pembelajaran Disleksia dan Autisma.

Group 340

Pn. Norsyakila Binti Basri

Pengarah Sumber Manusia

Beliau dilahirkan pada 4 Januari 1990. Menerima pendidikan di peringkat Diploma bidang Pengurusan Perhotelan. Beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha serta pensyarah di International College. Beliau mula berkhidmat sebagai Pengarah Sumber Manusia di AGS pada 1 September 2018 sehingga kini. Sepanjang tempoh berkhidmat sehingga kini, beliau memperoleh sijil-sijil berikut iaitu sijil kursus Intervensi Awal Kanak-kanak Kurang Upaya. Beliau juga mempunyai pengalaman menjadi fasilitator untuk Bengkel Pengurusan Masalah Pembelajaran bagi Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Selain itu, beliau juga mempunyai sijil Bengkel Pengurusan Masalah Pembelajaran bagi Kanak-kanak Berkeperluan Khas.

Pn.Nor Azura Binti Mohd Ghazali

Pengarah Akademik Zon Utara

Beliau dilahirkan pada 3 Februari 1994. Menerima pendidikan di peringkat Diploma Perakaunan. Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Khas Kementerian Kewangan. Beliau mula berkhidmat sebagai Pengarah Akademik AGS Zon Utara pada 1 Ogos 2018 sehingga kini. Sepanjang tempoh berkhidmat sehingga kini, beliau memperoleh sijil-sijil berikut iaitu sijil kursus Pertumbuhan Perkembangan dan Penjagaan Kanak-kanak. Beliau juga mempunyai pengalaman menjadi fasilitator untuk Bengkel Pengurusan Masalah Pembelajaran bagi Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Selain itu, beliau juga mempunyai sijil kursus membuat kertas peperiksaan pendidikan khas.

lembaga pengarah
lembaga pengarah

Pn.Nor Azura Binti Mohd Ghazali

Pengarah Akademik Zon Utara

Beliau dilahirkan pada 3 Februari 1994. Menerima pendidikan di peringkat Diploma Perakaunan. Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Khas Kementerian Kewangan. Beliau mula berkhidmat sebagai Pengarah Akademik AGS Zon Utara pada 1 Ogos 2018 sehingga kini. Sepanjang tempoh berkhidmat sehingga kini, beliau memperoleh sijil-sijil berikut iaitu sijil kursus Pertumbuhan Perkembangan dan Penjagaan Kanak-kanak. Beliau juga mempunyai pengalaman menjadi fasilitator untuk Bengkel Pengurusan Masalah Pembelajaran bagi Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Selain itu, beliau juga, menyertai kursus membuat kertas peperiksaan pendidikan khas.

Group 326

Cik. Nur Lyiana Najwa Binti Zizi

Pengarah Akademik Zon Selatan

Beliau dilahirkan pada 3 Ogos 1995, menerima pendidikan di peringkat Asasi Sains dan peringkat Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Matematik. Beliau pernah bertugas sebagai auditor. Beliau mula berkhidmat sebagai Pengarah Akedemik AGS Zon Selatan pada 15 Mac 2019 sehingga sekarang. Sepanjang tempoh berkhidmat sehingga kini, beliau memperoleh sijil-sijil berikut iaitu Kursus Pertumbuhan Perkembangan dan Penjagaan Kanak-kanak. Beliau juga mempunyai pengalaman menjadi fasilitator Bengkel Pengurusan Masalah Pembelajaran bagi Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Selain itu, beliau mempunyai sijil kursus membuat Kertas Peperiksaan Pendidikan Khas serta sijil Bengkel Pengurusan Masalah Pembelajaran bagi Kanak-kanak Berkeperluan Khas.

PENGASAS

lembaga pengarah

En. Mohd Hafez Bin Hussain

Beliau dilahirkan pada tanggal 29 April 1987 dan dibesarkan di negeri Perak Darul Ridzuan. Merupakan seorang pelajar yang mempunyai masalah disleksia dan mengalami kesukaran di dalam pembelajarannya. Namun beliau membuktikan bahawa disleksia bukanlah penghalang untuk berjaya di mana beliau memperoleh keputusan cemerlang didalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berada di dalam kelompok 5 terbaik keseluruhan sekolah. Kini beliau sedang melanjutkan pembelajaran bagi memperoleh ijazah kedua beliau iaitu ijazah sarjana muda psikologi. Membuka AGS pada tahun 2018 dan mencipta beberapa teknik yang sesuai untuk anak-anak berkeperluan khas yang dikenali sebagai teknik Al-Hafez, teknik Al-Ghazali, teknik Al-Muhaimin, teknik 2,3,1 , teknik Al-Kabirun, teknik Tadakar dan teknik CSI itu sendiri.

Mereka bukan satu kekurangan. Mereka berhak mendapat pendidikan, kesempatan dan cinta yang sama seperti kita.

PENGASAS BERSAMA

En. Norzulkarnain Bin Basri

Beliau dilahirkan pada 13 Jun 1994. Menerima pendidikan di peringkat Diploma dalam bidang Penolong Pegawai Perubatan (KKM) dan kini meneruskan pelajaran peringkat Ijazah dalam bidang Sarjana Muda Psikologi. Selain itu, beliau juga menerima Kursus Pendidikan Anak-anak Autisme di Kementerian Pendidikan Malaysia serta kursus Pengurusan Tingkah Laku Anak Istimewa. Beliau pernah bertugas menjadi guru khas untuk anak disleksia di Ampang. Sepanjang tempoh berkhidmat sehingga kini, beliau memperoleh sijil-sijil berikut iaitu, menjadi fasilitator Bengkel Pengurusan Masalah Pembelajaran bagi Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Selain itu, beliau berpengalaman sebagai penceramah Bengkel Pelajaran dan Pembelajaran Disleksia dan Autisma.

Mereka dilahirkan ke dunia dengan kebutuhan untuk disayangi tanpa kekerasan.

lembaga pengarah
lembaga pengarah

En. Norzulkarnain Bin Basri

Beliau dilahirkan pada 13 Jun 1994. Menerima pendidikan di peringkat Diploma dalam bidang Penolong Pegawai Perubatan (KKM) dan kini meneruskan pelajaran peringkat Ijazah dalam bidang Sarjana Muda Psikologi. Selain itu, beliau juga menerima Kursus Pendidikan Anak-anak Autisme di Kementerian Pendidikan Malaysia serta kursus Pengurusan Tingkah Laku Anak Istimewa. Beliau pernah bertugas menjadi guru khas untuk anak disleksia di Ampang. Sepanjang tempoh berkhidmat sehingga kini, beliau memperoleh sijil-sijil berikut iaitu, menjadi fasilitator Bengkel Pengurusan Masalah Pembelajaran bagi Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Selain itu, beliau berpengalaman sebagai penceramah Bengkel Pelajaran dan Pembelajaran Disleksia dan Autisma.

Mereka dilahirkan ke dunia dengan kebutuhan untuk disayangi tanpa kekerasan.