Tentang Kami Di

Al-Ghazali School

al-ghazali school

Al-Ghazali School (AGS), permulaannya adalah sukar. Pelbagai rintangan dan halangan yang terpaksa ditempuh. Memberi perkhidmatan adalah perkara berbeza dengan memberi kepercayaan, di AGS kami mengamalkan sifat terbuka kepada ibu bapa di mana Cinta, Sayang, Ikhlas perlu diterapkan kepada semua terutama kepada anak-anak. 

Pengasas AGS sentiasa memberi keutamaan dan layanan kepada ibu bapa dimana tiada jarak pemisah yang bermaksud ibu bapa adalah bebas untuk berinteraksi dengan beliau pada bila-bila masa secara terbuka.

Di AGS, beberapa tradisi yang meletakkan anak-anak dan ibu bapa sebagai fokus utama antaranya ialah SENYUM, HORMAT dan MENGAMBIL BERAT, ini merangkumi cara bagaimana guru dididik bagaimana cara menyambut ibu bapa dan anak di muka pintu, bertanya khabar dan tidak memberi sebarang aduan melainkan berinteraksi berkenaan prestasi anak-anak dari masa ke semasa.

AGS percaya aduan tidak akan membantu anak-anak tetapi akan lebih merungsingkan pemikiran ibu bapa, jadinya guru-guru adalah dididik untuk saling berkomunikasi tentang perkara yang boleh membantu anak tersebut.

Pihak pengurusan dan guru telah dilatih untuk mengekalkan tradisi ini, yang akan kekal menjadi buah bicara kepada ibu bapa sehingga mempromosikan AGS kepada orang luar secara tidak langsung. Sistem di dalam AGS telah diubah suai secara berperingkat sejak ia ditubuhkan pada tahun 2018 mengikut kesesuaian anak-anak.

AGS mempunyai silibus ciptaan sendiri dimana programnya dipecahkan kepada dua bahagian iaitu School Based Program (SBP) yang mempunyai 6 teknik utama yang perlu dikuasai oleh guru-guru sebelum mengajar kepada anak-anak, manakala program kedua dikenali sebagai Early Childhood Care & Educational Therapy (ECCEt) yang merangkupi 4 tunjang iaitu Behavior Modification,  Fine and Gross Motorskill, Sensory Intergration, dan Pre-Learning & Self Management. Dimana di dalam 4 tunjang ini terdapat 2 teknik utama iaitu teknik 3T dan Teknik Al-Kabirun. 

Keistimewaan AGS ditambah lagi dengan adanya Occupational Therapy yang dijalankan oleh terapis cara kerja bertauliah. Bagaimana pula AGS melahirkan guru-guru yang mahir dan terlatih? Sebanyak 4 kursus utama sepanjang 1 tahun dijalankan kepada guru-guru dimana AGS akan memanggil pakar-pakar daripada luar untuk datang memberi kursus tersebut. 

Selain itu, guru adalah bebas untuk memilih dan pergi ke kursus luar pilihan mereka untuk memantapkan ilmu dan kemahiran yang sedia ada. Di AGS, sistem pihak pengurusan kepada guru, guru kepada anak-anak dan pengurusan kepada ibu bapa dibuat secara seimbang.

Tidak ketinggalan, sekalung penghargaan kepada Persatuan Usahawan Cina Kuala Lumpur & Selangor atas pemberian alat tulis percuma kepada anak- anak AGS. pihak AGS berbesar hati atas pemberian ini dan diharapkan bantuan sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Sebagai tanda penghargaan dan berterima kasih kepada guru tetap serta barisan pengurusan AGS yang teguh bersama AGS sepanjang sesi persekolahan 2022 ini, rombongan ke Thailand telah diadakan selama 3 hari 2 malam. 

Pada kesempatan ini, AGS mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan yang telah dicurahkan kepada Al Ghazali Special Kids Centre ini.

Group 2819
Group 2819

Tidak ketinggalan, sekalong penghargaan kepada Persatuan Usahawan Cina Kuala Lumpur & Selangor atas pemberian alat tulis percuma kepada anak- anak AGS. pihak AGS berbesar hati atas pemberian ini dan diharapkan bantuan sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Sebagai tanda penghargaan dan berterima kasih kepada guru tetap serta barisan pengurusan AGS yang teguh bersama AGS sepanjang sesi persekolahan 2022 ini, rombongan ke Thailand telah diakan selama 3 hari 2 malam. 

Pada kesempatan ini, AGS mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan yang telah dicurahkan kepada Al Ghazali Special Kids Centre ini.

PENDAFTARAN TERBUKA BAGI SESI TERAPI PEMBELAJARAN ANAK BERKEPERLUAN KHAS 2024 !