Karnival Kecemerlangan AGS 6.0 telah berlangsung Karnival Kecemerlangan AGS kali ke-6 di M Avenue, Mahsa University. Membawa tema Magika Budaya pada kali ini dimana nilai-nilai tradisional setiap negeri di Malaysia diangkat untuk dipersembahkan. Alhamdulillah majlis berjalan dengan jayanya, dimana anak-anak menerima pelbagai anugerah termasuk anugerah kokorikulum, anugerah Terbaik Program ECCET, anugerah Terbaik Program SBP & anugerah utama iaitu Anugerah Ketua Pengarah.
Selain itu persembahan memukau dari barisan kakitangan AGS termasuk pengurusan & guru-guru serta persembahan bersahaja oleh anak-anak AGS memikat hati sesiapa sahaja yg menontonnya. Terima kasih buat semua, baik dari pengerusi majlisnya, tetamu kehormat yang hadir, kakitangan AGS seterusnya ibu bapa yang sudi hadir memeriahkan suasana.
TAHNIAH buat semua anak-anak AGS yang berjaya menamatkan sesi akademik 2025. Insha Allah tahun hadapan kita akan berkarnival lagi dan meraikan semua anak-anak dengan bangganya.









