Pada 22 hingga 24 Julai 2025, telah berlangsung Perjumpaan Tiga Penjuru melibatkan ibu bapa, guru-guru, dan pihak pengurusan AGS. Sesi ini diadakan bagi membentangkan laporan perkembangan pendidikan anak-anak sepanjang setiap tiga bulan pembelajaran di Al Ghazali cawangan Selayang (Zon Utara) dan Cheras (Zon Selatan).
Alhamdulillah, maklum balas yang diterima amat positif apabila para ibu bapa berpuas hati dengan pencapaian anak masing-masing. Guru-guru AGS juga berjaya membentangkan laporan akademik dengan penuh cemerlang dan teratur.
Insya-Allah, perjumpaan seterusnya akan diadakan pada akhir tahun bagi terus memastikan semua anak-anak AGS mencapai tahap pendidikan yang terbaik.
🌸 Buat semua ibu bapa – TERIMA KASIH atas sokongan.
🌸 Buat semua guru & pengurusan – TAHNIAH atas komitmen dan dedikasi.