Program Lawatan Ke PDK Hulu Kelang telah dijalankan pada 16 Mei 2026 iaitu pada hari Sabtu sempena Hari Guru.
Alhamdulillah berkesempatan berkunjung ke PDK Hulu Kelang bersama semua kakitangan AGS.
Program yg julung kali diadakan ini bagi memberi pendedahan kpd semua kakitangan AGS bahawa dunia pendidikan khas ini luas. Menyantuni warga PDK ibarat menyantuni separuh jiwa anak2 istimewa kerana di PDK pelbagai kategori anak2 istimewa ditempatkan. Disini kami belajar bahawa sabar itu adalah sesuatu yg indah, kami juga belajar betapa kuatnya semua guru2 PDK yg memberi seluruh jiwa mereka kpd anak2 ini tanpa mengira kategori & umur.
Buat semua guru2 AGS…lihatlah dunia anak2 istimewa ini dgn pandangan yg luhur kerana dunia mereka ini adalah dunia yg indah & kitalah yg dipilih utk membantu mereka meneruskan kehidupan & membentuk masa hadapan mereka.
Selamat Hari Guru buat semua guru2 pendidikan khas









