Program team building AGS 2023 telah diadakan pada awal Januari ini. Kesemua barisan guru bersama-sama pengurusan AGS dengan jayanya telah mengadakan program tahunan ini yang diadakan di Kem Latihan Dan Rekreasi Sungai Congkak, Hulu Langat selama 3 hari 2 malam. Program ini merupakan program pertama yang diadakan pada tahun ini.
Program team building kebiasaannya diadakan setiap awal tahun bagi mengeratkan lagi persefahaman sesama kakitangan serta memupuk nilai-nilai murni agar dapat membentuk lagi rasa cinta,sayang dan ikhlas dalam membantu anak-anak AGS mengharungi sesi persekolahan 2023 ini. Terima kasih atas komitmen yang kalian berikan. Bersama-sama kita memberikan yang terbaik buat anak didik AGS.
Di sini, kami kongsikan gambar semasa program itu berlangsung..