Aktiviti Tahunan
Al Ghazali School

Ikuti perkembangan aktiviti kami pada tahun ini.

SPORT DAY AGS EDISI PERTAMA

Sport Day untuk anak-anak AGS. Pada 14 September 2024 (Sabtu), inilah kali pertama semenjak 7 tahun AGS berada di pentas dunia anak-anak berkeperluan khas. Apa yang saya ingin katakan adalah sebuah perasaan bangga apabila melihat kebersamaan kami sebagai pendidik & ibu bapa untuk meraikan Hari Sukan untuk anak-anak kami.

Sport day ini bermula dengan zumba, kemudian sukaneka, acara balapan, acara futsal & akhir sekali tarik tali. Semua acara dapat dilaksanakan oleh anak-anak dengan jayanya walaupun ada yang sedikit kelam kabut, normal lah tu, anak-anak kan. Yang penting seronok, ibu bapa pula supportive, tak kisah menang atau kalah yang penting anak-anak gembira je.

Dulu saya pernah cakap, untuk anak-anak saya, tiada diskriminasi, walaupun mereka semua istimewa, saya akan bawa mereka merasai apa sahaja aktiviti, bukan untuk saya berbangga diri tetapi cukuplah sekadar kalian mengetahui bahawa semua anak-anak perlu mendapat hak yang sama. Dan saya sentiasa yakin anak-anak saya semua hebat-hebat.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah berjaya dijalankan untuk anak anak adalah:

  • Berkuda
  • Memanah
  • Berenang
  • Lawatan
  • Berkhemah (bermalam)
  • Karnival
  • Sport Day

Terima kasih kepada pihak pengurusan, guru-guru sebagai ahli jawatankuasa & semua ibu bapa AL Ghazali AGS, apabila kita yakin apa yg kita buat ini terbaik untuk anak-anak, Insha Allah hasilnya juga akan jadi yang terbaik.

Kita jumpa lagi tahun hadapan dengan lebih bnyk lagi aktiviti menarik di AGS.

WhatsApp Image 2024 10 15 at 12.39.47 PM
WhatsApp Image 2024 10 15 at 12.39.48 PM
WhatsApp Image 2024 10 15 at 12.39.50 PM 2
WhatsApp Image 2024 10 15 at 12.39.52 PM
WhatsApp Image 2024 10 15 at 12.39.57 PM
WhatsApp Image 2024 10 15 at 12.39.56 PM 1
WhatsApp Image 2024 10 15 at 12.40.02 PM
WhatsApp Image 2024 10 15 at 12.40.06 PM
WhatsApp Image 2024 10 15 at 12.40.08 PM 1
WhatsApp Image 2024 10 15 at 12.39.54 PM
WhatsApp Image 2024 10 15 at 12.40.24 PM

Antara Aktiviti Tahunan AGS

Search

Ikuti Kami di media social
Al-Ghazali School

Tips Untuk Ibu Bapa

tips AGS

Akan Datang

Tips untuk anda mengenal dan memahami anak anda di rumah. Nantikan update dari kami..

tips AGS

Akan Datang

Tips untuk anda mengenal dan memahami anak anda di rumah. Nantikan update dari kami..

tips AGS

Akan Datang

Selamat datang… jangan lupa nantikan tips dari kami.. Kami kongsikan tips untuk ibuayah, mengenal dan memahami anak anda di rumah. Nantikan update dari kami..

AGS DI AKHBAR

Sumber: Harian Metro, 2019

AGS DI KACA TV

Sumber: Astro Awani

Sumber: Radio Bernama

Daftar Sekarang