Kembara AGS ini telah dijalankan pada 22/02/2025 hingga 23/2/2025 bertempat di Sojuk Riverside, Batang Kali.
Alhamdulillah tahun ini merupakan tahun ke 4 kami menjalankan program Perkhemahan. Malah ia menjadi tradisi tahunan AGS. Kami tidak pernah menganggap anak2 ini sebagai beban, jika ada org lain mengatakan sukar, kami tunjukkan yg kami boleh.
Pengawalan anak, kemampuan menjalankan aktiviti, perlaksaan yg teratur dan kebijakkan dalam kendalian anak2 utk perkhemahan kali ini BERJAYA lagi. Membawa gelaran Kembara AGS kali ke 4, dengan tema “Dreams, Do, Discover”, membawa kenangan manis yg akan diingati oleh kami, ibu bapa dan sudah tentunya anak2.
TIDAK PERLU membuktikan apa2, cukup sekadar kalian sedar dan nampak anak2 ini mampu menjalankan aktiviti lasak seperti ini dengan bimbingan yg betul, peraturan yg perlu diikut dan kasih sayang yg dicurahkan.
*Dont judge them by their disability but accept them the way they are*
Kembara AGS kali ke 4 BERJAYA!!!!!
Disini kami kongsikan gambar sepanjang program berlangsung