Pada 16 Ogos 2025 (Sabtu), bertempat di Swim The World, Cheras, AGS telah menganjurkan Program Berenang bersama anak-anak. Seramai 50 orang murid terlibat secara langsung dan dibahagikan kepada tiga kumpulan, dengan sokongan 15 orang tenaga pengurusan dan guru.
Program ini berjalan dengan lancar hasil sokongan penuh ibu bapa yang hadir sebagai pemerhati sepanjang aktiviti berlangsung.
Pihak AGS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:
- Swim The World kerana menyantuni anak-anak dengan penuh mesra.
- Ibu bapa yang sentiasa menyokong setiap program anjuran AGS.
- Pengurusan dan guru-guru AGS yang bersama-sama menjayakan program ini.
Melalui program seperti ini, anak-anak bukan sahaja diberi pendedahan kepada aktiviti berenang, malah berpeluang mencungkil bakat dalam arena sukan. Insya-Allah, AGS akan meneruskan penganjuran program sebegini pada tahun-tahun akan datang demi pembangunan holistik anak-anak.