Pada 19 Julai 2025 (Sabtu), telah berlangsung dengan penuh meriah Sukan AGS Kali Ke-2. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Daing Muhammad Reduan Daing Reduan, Pegawai Khas Menteri Besar Selangor.
Keputusan rasmi sukan adalah seperti berikut:
- Juara: Rumah Kuning
- Naib Juara: Rumah Merah
- Tempat Ketiga: Rumah Hijau
- Tempat Keempat: Rumah Biru
- Juara Perbarisan: Rumah Hijau
Kesatuan jiwa, semangat membara serta keazaman untuk tidak berputus asa menjadi nadi utama kejayaan sukan kali ini. Di AGS, setiap anak diraikan tanpa diskriminasi dan tanpa pilih kasih. Semangat kesukanan jelas terpancar apabila semua bukan sahaja menyokong rumah masing-masing, tetapi turut memberi sorakan semangat kepada anak-anak lain.
Tahniah diucapkan kepada semua murid atas usaha gigih, kepada ibu bapa atas sokongan yang tidak berbelah bahagi, serta kepada semua kakitangan AGS dan Jawatankuasa Sukan yang dipimpin oleh Cikgu Najiha.
Insya-Allah, kita akan terus menyemarakkan semangat kesukanan ini pada tahun hadapan dengan lebih baik lagi.