Pada 25 Oktober 2025 (Sabtu) yang lalu, Al Ghazali Special Kids Care Centre, Selayang (Zon Utara) telah berjaya menganjurkan Bengkel Ibu Bapa & Guru 4.0 dengan jayanya.
Bengkel ini menampilkan Prof. Madya Dr. Padma binti A. Rahman, Ketua Pusat Pengajian Pemulihan Cara Kerja, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Puncak Alam, sebagai penceramah jemputan.
Sepanjang sesi, para peserta yang terdiri daripada ibu bapa dan guru telah didedahkan dengan pelbagai ilmu dan panduan berkaitan pendidikan seksualiti dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Topik ini amat penting bagi membantu ibu bapa dan pendidik memahami cara yang sesuai untuk mendidik serta melindungi anak-anak istimewa dalam aspek perkembangan emosi, sosial dan keselamatan diri.
Program ini turut diisi dengan sesi interaktif, soal jawab dan perkongsian pengalaman yang memberi manfaat besar kepada semua peserta.
Pihak Al Ghazali Special Kids Care Centre mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat — khususnya penceramah jemputan, guru-guru, serta ibu bapa yang hadir memeriahkan bengkel ini.
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam mendidik anak-anak istimewa dengan lebih berkesan dan penuh kasih sayang.








